Sunday, November 29, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Saudara Zulkarnain @ Awam78 , Zulpachi dan Norhisham @ Tomkacak pada Bulan Disember ini.

Salam Sejahtera pada semua rakan-rakan di Forum Kelab Skuter Malaysia..

Disini Saya ingin memaklumkan pada semua rakan-rakan MSC diluar sana untuk bersama-sama meraikan serta memeriahkan Majlis Perkahwinan sahabat-sahabat MSC yakni Awam78, Zulpachi (mekanik MSC) dan juga Tomkacak pada 6, 12 dan 19 Disember 2009.

Saya juga ingin meminta jasa baik rakan-rakan untuk turut serta bersama-sama konvoi pengiring pengantin untuk memeriahkan lagi suasana di majlis Raja Sehari mereka semua...

Segala Maklumat lanjut tetang lokasi perjumpaan dan Majlis boleh dilihat disini...

http://my-scooterclub2008.forumotion.net/anjuran-jemputan-majlis-f20/

Ucapan Tahniah Pada Bakal-bakal pengantin MSC yang bakal menamatkan zaman bujang anda semua dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan cicit dari Admin Kelab Skuter Malaysia..

Kelab Skuter Malaysia sudah berjaya di daftar di bawah R.O.S

Dengan sukacita bahawasanya Kelab Pemilik Dan Peminat Skuter Malaysia (KSM) @ yang sblm ini dikenali sebagai Kelab Skuter Malaysia telah pun didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 9 September 2009. Kelab ini berada di peringkat Malaysia, bukan diperingkat negeri Selangor, dimana Misi dan Visi kami adalah untuk menggabungkan semua pemilik-pemilik mahupun peminat skuter di seluruh malaysia dengan menyatukan semua kelab-kelab skuter yang wujud dibawah satu bumbung @ rumah. Kami menerapkan konsep yang Perdana Menteri sampaikan pada hari kemerdekaan iaitu 1MALAYSIA.

Kami selaku pentadbir KSM amat mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru ke kelab kami. Pelbagai rancangan akan diaturkan dalam memantapkan lagi aktiviti-aktiviti kelab pada masa akan datang..

Pada yang telah bersama kami sejak dari awal penubuhan, Jutaan terima kasih pada anda semua kerana memberikan sokongan kepada KSM hingga ke hari ini. Mudah-mudahan KSM akan memperolehi ramai lagi ahli-ahli yang berdaftar.

Klik link ini untuk tengok surat pengesahan dari R.O.S