Sunday, November 29, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Saudara Zulkarnain @ Awam78 , Zulpachi dan Norhisham @ Tomkacak pada Bulan Disember ini.

Salam Sejahtera pada semua rakan-rakan di Forum Kelab Skuter Malaysia..

Disini Saya ingin memaklumkan pada semua rakan-rakan MSC diluar sana untuk bersama-sama meraikan serta memeriahkan Majlis Perkahwinan sahabat-sahabat MSC yakni Awam78, Zulpachi (mekanik MSC) dan juga Tomkacak pada 6, 12 dan 19 Disember 2009.

Saya juga ingin meminta jasa baik rakan-rakan untuk turut serta bersama-sama konvoi pengiring pengantin untuk memeriahkan lagi suasana di majlis Raja Sehari mereka semua...

Segala Maklumat lanjut tetang lokasi perjumpaan dan Majlis boleh dilihat disini...

http://my-scooterclub2008.forumotion.net/anjuran-jemputan-majlis-f20/

Ucapan Tahniah Pada Bakal-bakal pengantin MSC yang bakal menamatkan zaman bujang anda semua dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan cicit dari Admin Kelab Skuter Malaysia..

Kelab Skuter Malaysia sudah berjaya di daftar di bawah R.O.S

Dengan sukacita bahawasanya Kelab Pemilik Dan Peminat Skuter Malaysia (KSM) @ yang sblm ini dikenali sebagai Kelab Skuter Malaysia telah pun didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 9 September 2009. Kelab ini berada di peringkat Malaysia, bukan diperingkat negeri Selangor, dimana Misi dan Visi kami adalah untuk menggabungkan semua pemilik-pemilik mahupun peminat skuter di seluruh malaysia dengan menyatukan semua kelab-kelab skuter yang wujud dibawah satu bumbung @ rumah. Kami menerapkan konsep yang Perdana Menteri sampaikan pada hari kemerdekaan iaitu 1MALAYSIA.

Kami selaku pentadbir KSM amat mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru ke kelab kami. Pelbagai rancangan akan diaturkan dalam memantapkan lagi aktiviti-aktiviti kelab pada masa akan datang..

Pada yang telah bersama kami sejak dari awal penubuhan, Jutaan terima kasih pada anda semua kerana memberikan sokongan kepada KSM hingga ke hari ini. Mudah-mudahan KSM akan memperolehi ramai lagi ahli-ahli yang berdaftar.

Klik link ini untuk tengok surat pengesahan dari R.O.S

Monday, March 23, 2009

Gambar- gambar semasa PSK 08



















Perhimpunan SkuTEr KEbangSaan 08 di Perkarangan Stadium ParOi 22 MAC 09

PSK 08 telah pun berjaya dilaksanakan oleh MUSC.. ramai gak rider2 skuter klasik dan moden yang hadir di perkarangan stadium paroi, Negeri Sembilan.. Dengan keadaan Cuaca yang teramat panas dan baik.. semua event berjalan dengan lancar.. MSC dihadiri oleh Yashi, King 3, Dark, NizamXcite dan FAdLi Blue TopAz ngan SharePsol

Kehadiran para skuteris di PSK agak mengkagumkan..tak sangka plak ramai cam ni skali.. tp memang bagus dapat mengeratkan hubungan sesama skuteris semalaysia.. Syabas pada MUSC kerana berjaya menganjurkan XTVT sihat seperti ini..

PSK 09 pula tidak tahu dimana so MSC ada plan nak anta wakil ELEGAN SPRINT.. WAKAKAKA.. ADA BERANI KA!!!!???~~~
AUTOSHOW Pula?? Kerjasama dengan SUSC-MSC??? untuk EXTREME elegan...

So GambaR-gambarnya sedang dihaplodkan ke Komputer so mengambil masa agak lama skit.. dlm masa terdekat ini gambar2 nya akan diupkan.. tunggu!!!~~~

Thursday, March 19, 2009

Selamat Datang ke Blog My Scooter Club

Salam Sejahtera dan Selamat Datang untuk semua ke MY.Scooter Club.

Jutaan terima kasih dan syabas kami ucapkan kepada anda semua kerana melawat blog My.Scooter Club ini.

Kami berharap anda dapat memberi sokongan padu kepada kami supaya terus berkekalan dan menjayakan misi misi My.Scooter Club ini ke peringkat seluruh negara serta mengeratkan silaturrahim antara pengguna-pengguna skuter di seluruh Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada SEMUA pemilik SKUTER tidak mengira jenis dan model yang terdapat di Malaysia.

Penyertaan anda ke My.Scooter Club amatlah kami alu-alukan.

Sekian
Dari Admin MSC.