Sunday, November 29, 2009

Kelab Skuter Malaysia sudah berjaya di daftar di bawah R.O.S

Dengan sukacita bahawasanya Kelab Pemilik Dan Peminat Skuter Malaysia (KSM) @ yang sblm ini dikenali sebagai Kelab Skuter Malaysia telah pun didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 9 September 2009. Kelab ini berada di peringkat Malaysia, bukan diperingkat negeri Selangor, dimana Misi dan Visi kami adalah untuk menggabungkan semua pemilik-pemilik mahupun peminat skuter di seluruh malaysia dengan menyatukan semua kelab-kelab skuter yang wujud dibawah satu bumbung @ rumah. Kami menerapkan konsep yang Perdana Menteri sampaikan pada hari kemerdekaan iaitu 1MALAYSIA.

Kami selaku pentadbir KSM amat mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru ke kelab kami. Pelbagai rancangan akan diaturkan dalam memantapkan lagi aktiviti-aktiviti kelab pada masa akan datang..

Pada yang telah bersama kami sejak dari awal penubuhan, Jutaan terima kasih pada anda semua kerana memberikan sokongan kepada KSM hingga ke hari ini. Mudah-mudahan KSM akan memperolehi ramai lagi ahli-ahli yang berdaftar.

Klik link ini untuk tengok surat pengesahan dari R.O.S

No comments:

Post a Comment